DICTIONARY

Tetingkap Dictionary

FUNGSI DAN CARA GUNA



Klik butang 'DICTIONARY' pada tetingkap utama SMARTSOFT untuk membuka program DICTIONARY. Terdapat beberapa fungsi yang disediakan iaitu:


1. Butang Kamus


Klik pada butang ini untuk memilih kamus yang diperlukan.



2. Butang 'Option'

Pada butang 'Option', terdapat beberapa fungsi yang boleh digunakan antaranya:



a. Pronunciation

Apabila fungsi ini diaktifkan, anda boleh mendengar sebutan perkataan dalam bahasa Inggeris yang tersenarai dalam kotak hasil carian.



b. Select Voice

Anda boleh memilih jenis suara sama ada English (US) atau English (UK).



c. Copy and Translate

Fungsi ini membolehkan anda mendapatkan makna perkataan secara spontan tanpa perlu menaip perkataan dalam kotak carian. Lihat pada video di bawah bagaimana fungsi ini amat membantu anda terutama ketika membaca bahan digital di dalam komputer.

d. Add Dictionary


Hanya dua kamus sahaja yang dibekalkan semasa pemasangan iaitu Malay - English dan English - Malay. Untuk mendapatkan kamus tambahan yang lain, sila muat turun fail PDF seperti yang ditunjukkan pada panduan berikut:

Panduan pemasangan

e. Butang 'Word History'



Setiap kali anda klik pada perkataan yang terdapat dalam kotak hasil carian, perkataan tersebut akan disimpan sementara secara automatik. Klik butang 'Word History' untuk melihat hasil carian terdahulu tanpa perlu menaip perkataan baharu.

3. Butang 'Font Color'



Sekiranya keterangan agak panjang untuk sesuatu perkataan, 'Font Color' akan membantu anda untuk membezakan keterangan dan contoh ayat.

Program DICTIONARY amat sesuai digunakan ketika anda membaca dokumen digital seperti PDF fail dan kandungan Internet. Fungsi 'Copy and Translate' membantu anda mendapatkan makna sesuatu perkataan secara spontan.