Menggabungkan Draf Menjadi Satu Dokumen (Merge Draft)

Setelah semua topik dalam Outline selesai diisi dengan kandungan masing-masing, langkah seterusnya ialah menggabungkan keseluruhan draf tersebut menjadi satu fail dokumen. Dokumen yang dihasilkan boleh dibuka dan dikemaskini menggunakan program editor lain seperti Microsoft Word.

Cara Menggabungkan Draf

  1. Buka dokumen yang telah siap.
  2. Klik pada tab Outline dan tekan butang Select.
  3. Kotak pilihan (checkbox) akan dipaparkan pada setiap item dalam Outline.
  4. Tandakan (tick) pada Root atau topik utama. Outline Draft akan menandakan secara automatik semua topik dan subtopik yang berada di bawah Root tersebut.
  5. Tekan butang Merge.
  6. Tunggu sehingga proses penggabungan selesai.
  7. Setelah selesai, Outline Draft akan membuka fail yang telah digabungkan secara automatik.
  8. Anda kini boleh menyemak dan mengemaskini dokumen tersebut menggunakan program editor pilihan anda.
  9. Setelah proses merge selesai, anda boleh menutup program Outline Draft.

Kelebihan Fungsi Merge Draft

  1. Menggabungkan semua kandungan daripada pelbagai topik ke dalam satu dokumen lengkap.
  2. Menjimatkan masa kerana tidak perlu menyalin dan menampal kandungan secara manual.
  3. Memudahkan proses semakan dan penyuntingan akhir dokumen.
  4. Membolehkan dokumen dibuka dan dikemaskini menggunakan Microsoft Word atau editor lain yang serasi.
  5. Sangat sesuai untuk menghasilkan tugasan, laporan, kertas kerja, projek, dan tesis yang mengandungi banyak bahagian.
Tip
Pastikan semua topik telah diisi dengan kandungan yang lengkap sebelum menjalankan proses Merge. Ini bagi memastikan dokumen akhir mengandungi semua maklumat yang diperlukan.