Tips Ulangkaji

July 7th, 2008

Salam
Ini adalah tips pembelajaran yang sempat saya catatkan semasa didalam kuliah yang disampaikan oleh lecturer saya iaitu Dr.Sulaiman ( thankx doc! )
Ini adalah apa yang beliau terangkan mengenai teknik pembelajaran.
1. Katanya tidak ada jalan singkat atau jalan shortcut untuk menjadi pelajar yang cemerlang didalam peperiksaan atau pelajar yang sekadar lulus didalam peperiksaan. Katanya lagi ada perbezaan antara pelajar yang lulus cemerlang dengan pelajar yang cukup-cukup makan sahaja.Tetapi walaupun hasil peperiksaan yang membezakan pelajar-pelajar ini namun mereka tetap ada persamaan yang harus mereka lakukan sebelum peperiksaan. Iaitu ulangkaji.Jadi ulangkaji adalah satu perkara yang mesti dilakukan oleh semua pelajar.
2.Kenapa mesti mengulangkaji?
Untuk mengingati kita terpaksa mengulangkaji sekurang-kurangnya sebanyak 6 kali…tetapi menurut Dr.Sulaiman adalah lebih baik jika kita mengulangkaji mengikut kiraan ganjil iaitu samada 7 kali atau lebih. Beliau menekankan tentang pentingnya mengulangkaji. Ingat betapa pentingnya mengulangkaji.
3. Apa yang perlu dilakukan lagi?
Menuru Dr.Sulaiman lagi semasa mengulangkaji perkara yang paling penting yang mesti dilakukan ialah dengan membuat NOTA PEMBELAJARAN yang paling cantik dan kemas serta mudah difahami. Paling cantik maksudnya bukanlah dengan menambah bunga-bunga atau meletak aksesori tetapi cantik baginya adalah yang paling kreatif yang paling mudah untuk kita mengingatinya. Katanya lagi seelok-eloknya buatkan nota seperti gambarajah atau peta minda untuk memudahkan minda kita mengingatinya. Sebenarnya otak kita akan mudah untuk mengingati dalam masa 24 jam selepas kita mempelajarinya dan dalam masa tersebut kita mestilah membuat ulangkaji kerana selepas masa 24 jam proses dan daya ingatan kita terhadap pelajaran tersebut akan mula menurun, menurun dan terus menurun jika tidak membuat ulangkaji atau ulang imbas.

How to be Millionaire ( part one )

July 7th, 2008

Salam
“Hafiz kamu nak menjadi jutawan tak?” Itulah soalan yang terpancul dari mulut pensyarah saya satu ketika dahulu.”Saya kata En. Jef, hanya orang yang hilang akal saja yang akan menolak kalau di offer menjadi jutawan”. ” Kenapa en. ada formula mudah nak jadi jutawan ke? soal saya kembali”.
“Ada,kalau kamu nak”.
“Biar betul En.Jef,jangan ajar saya merompak dengan jual dadah sudah le.Nanti tak pasal-pasal masuk kedalam lokap”.
“Betul ni tapi dengan satu syarat”
“Hiss..kalau betul-betul ni dua syarat pun tak ape, janji jutawan.Apa syarat tu”.Soal saya kembali.
Sambil membetulkan cermin matanya pensyarah saya pun berkata” pertama sekali awak mesti berkerja dengan saya. Apa kerja yang bakal saya bagi nanti awak tidak boleh menolak. Faham”.
“…ok tapi kalau berkerja saje ongkosnya ngak ada macam mana nak jadi jutawan, soal saya kembali”
“Sabar le,jangan gelojoh nak jadi jutawan dengar dulu penjelasan saya ni. Dah saya bagi awak keje mestilah saya bagi awak gaji tak kanlah saya ni kejam sampai memerah keringat awak sewenang-wenangnye.”
“He..he..tahu tak pe.kata saya tapi dalam hati jer le”.Ok setuju ape kejenye?”
“Ewah beriya-iye benar.Ok keje yang cukup mudah tolong kemaskan bilik saya dan pastikan semua fail dan report awak kemas dan letak didalam kotak baik-baik. Selepas itu segala meja dan perabot awak bole panggil Pak Mat untuk masukkan kedalam stor. Selepas itu awak susun semula pejabat saya ini dengan meja dan perabot yang baru. Gantikan gambar didinding dengan gambar yang baru saya beli ini. Sebelum tu tolong gantikan coffee maker tu dengan coffee maker baru ni. Dan juga awak salinkan langsir yang sedia ada dengan langsir baru yang didalam kotak tu. Juga tolong catkan bilik saya ini dengan design baru. Bukan awak yang cat tapi ada orang lain yang saya telah upah. Apa lagi ye..setakat ni dulu yang saya ingat, nanti kalau ada lagi keje saya akan beri tahu. Apa macam sudi bekerja dengan saya? Soal En.Jef sambil tersenyum sinis”.
“Alamak dah jadi macam kontraktor kelas F ni. Macam ni punya banyak keje dia kata keje mudah.”
“Hafiz awak setuju ke tak? ”
“Cis! tu senyum nak kenakan aku le tu”..Cik keje boleh tahan macamana dengan upahnya, saje tanya kot-kot tak berbaloi”
“Haa ini yang saya nak dengar. Upahnye kan.Bukan ke tadi saya bagi tahu satu perkara tentang upahnye awak dah tak ingat ke?”
“Ye saya ingat tentang satu syarat tu kan. Ape syaratnye tu?”
“Haaa ni yang saya nak cakap ni. Awak hanya ada satu pilihan tentang syarat yang bakal saya katakan nanti. Syaratnya ialah awak mesti memilih hanya satu dari dua pilihan yang diberi. Ingat awak mesti memilih hanya satu. Pilihan yang saya beri pada awak ini akan membawa awak menjadi seorang jutawan”.
“Ok teruskan apakah pilihan itu?”
Pilihannya
“Satu ..Saya akan memberi upah kepada awak sebanyak satu sen untuk hari pertama, dua sen untuk hari kedua dan dua kali ganda gaji awak setiap hari selama sebulan.
Pilihan kedua. Saya terus memberi awak sejuta. cash
Mana pilihan yang awak pilih.Tanya En.Jeff”
” Alahai dah tentu aku pilih yang kedua. Ok En.Jef saya plih yang kedua, dah tentu saya akan menjadi jutawan. Kata saya dengan suka hatinya”
” Sabar hafiz sabar. Buat pilihan yang bijak sebab awak tidak boleh berpatah balik setelah membuat pilihan. Ingat jutawan dan peluang awak menjadi jutawan hanya datang sekali dan yang ini peluang untuk awak betul-betul berada didepan mata.”
“Alamak dia psyko aku la pulak” Aduss pening nak buat pilihan”…

Jadi kalau anda ditempat saya apa yang anda akan lakukan. Adakah anda memilih plihan satu atau pilihan kedua?….

Selamat bercuti

May 21st, 2008

Salam
Berjumpa kembali. Sebelum tu tak sampai dalam masa 48 jam lagi semua adik-adik dan para pelajar diseluruh negara akan mula bercuti manakala negeri disebelah pantai timur dan Kedah lebih awal lagi merasai demam cuti sekolah. So kami Team Bijakstudy mengucapkan selamat bercuti dan jangan lupakan terus buku pelajaran anda kerana selepas ini bagi mereka yang bakal menduduki peperiksaan penting seperti UPSR,PMR,SPM dan STPM masa untuk anda menghadapi demam peperiksaan semakin hampirrrrrrrr. Jadi bersedia dan berjaga-jaga.Ingat masa cuti sepatutnya untuk kita lebih tekun menelaah buku bukannya masa untuk kita bergumbiraa.
Akhir kata selamat bercuti dan isikanlah masa ini dengan aktiviti-aktiviti berfaedah. Jumpa lagi.

ps: Cuti sekolah kali ini anda mungkin boleh bertemu dengan team bijakstudy di Ekspo Keusahawanan di Seberang jaya,Butterworth,Penang. Insyaallah kami akan berada disana. Insyaallah kami juga sedang merangka dan merancang satu Bengkel Matematik Kreatif disekitar kawasan disana.

Petua

April 10th, 2008

projekmizi029.jpgSalam
Semalam saya mempelajari sesuatu yang amat bernilai dari seseorang yang mempunyai pengetahuan yang luas didalam bidang Tahfiz dan AL-Quran. Pak Aji ( beliau membahasakan dirinya Pak Aji ) Ini merupakan seorang yang begitu mahir dengan AL-Quran dan beliau semasa mudanya separuh hayat remajanya beliau habiskan di Mesir dan kembali semula ke tanahair semasa usia menjangkau hampir 35 tahun. Apa yang menarik tentang Pak Aji ini ialah suaranya sungguh mengasyikkan dan beliau boleh mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran serupa dengan 10 orang hafiz didunia ( maaf saya tak sempat nak mencatat nama-nama hafiz tersebut ). Akhir sekali sebelum beliau beredar beliau sempat memberi petua bagaimana untuk mendapatkan suara yang merdu. So kat bawah ni saya catatkan petua-petua tersebut.

” untuk mendapatkan suara yang merdu dan sedap semasa membaca Al-Quran ..apa yang perlu anda lakukan adalah dengan meminum campuran air embun dengan madu. Bagaimana untuk mendapatkan air embun ? Caranya amat mudah apa yang perlu anda lakukan ialah dengan mendapatkan sehelai tuala kecil ( tuala good morning pun bole). Seterusnya di tuala tersebut anda hendaklah menulis kalimah Bismillah sehingga selesai menggunakan madu. Setelah selesai menulis kalimah Bismillah..anda hendaklah menjemur tuala tersebut ditempat lapang jam sekitar tengahmalam. Seterusnya esok hari anda hendaklah mengutip tuala tersebut sebelum masuknya azan subuh. Tuala yang lembab dan basah dengan air embun itu hendaklah anda perah masukkan kedalam bekas minuman dan akhir sekali anda hendaklah mengamalkan dengan meminum air embun tersebut.Insyaallah inilah rahsia yang diamalkan oleh Pak Aji tersebut…”

Jadi anda boleh mengamalkan petua yang disarankan oleh Pak Aji ini moga-moga anda juga insyaallah merupakan salah seorang Qari yang terbilang. Bye jumpa lagi!!!

| Kisah Genius Matematik | Rahsia Yang Terbongkar|

Taniah

March 26th, 2008

projekmizi05.jpgsalam
Kami team Bijakstudy mengucapkan TANIAH dan SYABAS kepada semua pelajar yang telah berjaya memperolehi keputusan terbaik didalam peperiksaan STPM dan SPM yang telah diumumkan tempohari. Sesungguhnya kejayaan anda merupakan titik tolak permulaan didalam merintis kejayaan seterusnya yang masih lagi jauh. Jadi teruskan usaha mencapai kecemerlangan dengan semangat yang tidak mengenal erti jemu. Ingat perjalanan masih lagi jauh. Perjalanan yang jauh mempunyai rintangan yang harus ditempuhi. Namun berkat kesabaran, doa dan tawakal semua itu adalah asam garam kehidupan yang bakal menjadi sebahagian rencah kehidupan didalam menempuh dugaan demi sebuah kejayaan dimasa hadapan.
Jika ditanya orang dewasa andai diberi sebuah terowong masa ( seperti time tunnel ) dimasa manakah mereka ingin kembali semula?..pasti jawapannya diusia dibangku sekolah. KENAPA..jawapannya diusia itu jika mereka berusaha keras pasti masa depan mereka akan berubah bila dewasa kelak. PERCAYALAH sedikit perubahan yang anda lakukan untuk kejayaan hari ini demi masa depan pasti anda tidak akan menyesal kelak. Jadi jika anda mempunyai peluang untuk belajar, belajarlah bersungguh-sungguh kerana usia adalah masa dan masa adalah usia, sesaat terlepas pasti tidak ada gantinya lagi dan kita hanya mampu berangan-angan agar “time tunnel” itu akan tercipta suatu hari nanti. :)

ps : Matematik Kreatif akan tampil dengan wajah baru dan masih lagi diperingkat beta. Tunggu.

Story

January 7th, 2008

salam
Anda pernah dengar kisah benar mengenai seorang pemuda yang tidak mengenal erti kekalahan dan sentiasa menanam sikap positif didalam dirinya. Ok post ni saya ceritakan bagaimana sebuah kisah benar ini terjadi, dimana suatu ketika dahulu di US seorang pemuda miskin yang amat meminati dunia perfileman dan bercita-cita suatu hari nanti diakan menjadi seorang bintang. Berbekalkan semangat, keazaman serta sikap yang tidak akan menyerah selagi tidak mencapai cita-citanya beliau telah melangkah ke 500 buah syarikat pembikinan filem di Holywood bagi menyerahkan manuskrip cerita rekaannya. Namun 5oo buah syarikat itu tiada satu pun yang berminat dengan cerita tersebut. Berbekalkan keazaman tidak menyerah kalah beliau sekali lagi mengulangi 500 buah syarikat perfileman tersebut untuk menjual skrip-skrip hasil karangannya itu. Nasib masih tidak lagi menyebelahinya kesemua syarikat perfileman itu tidak berminat dengan karyanya. Bayangkan 500 buah syarikat perfileman yang dikunjunginya satu pun tidak berminat. Jika anda ditempatnya adakah anda akan terus pulang kekampung atau mencampakkan saja skrip-skrip itu kedalam timbunan sampah??
Namun tidak bagi pemuda tersebut. Beliau tetap dengan sikap yang positif dan sentiasa berazam dan menetapkan matlamatnya bahawa beliau boleh berjaya sedikit masa lagi. Seterusnya beliau membuat perjumpaan yang ketiga dengan 500 buah syarikat perfileman tersebut. Jawapannya tetap tidak berhasil malah ada yang memandang sinis hasil ciptaannya. Beliau tidak menaruh kekecewaan di dalam hatinya sebaliknya membuat kunjungan buat kali keempat di 500 buah syarikat perfileman dan tuah menyebelahinya dimana syarikat yang ke 350 telah sanggup untuk menyemak hasil tulisannya dan beberapa hari tersebut beliau telah ditawarkan untuk memegang watak utama skrip ciptaannya. Hasilnya filem yang bertajuk Rocky iaitu filem yang dikarang oleh beliau sendiri iaitu aktor Sylvestor Stallone telah menjadi sebuah filem box office dan telah disambung beberapa siri sequelnya. Hari ini Sylvestor Stallone merupakan nama yang disegani didalam filem-filem genre aksi malah siapa yang tidak kenal Rambo.
Jadi moral of this story kalaulah anda agak-agak macamana yea?…memang benar untuk mencapai kejayaan tidak ada jalan yang mudah dan sesungguhnya jalan rentas yang kita rintis untuk mencapai kejayaan itulah merupakan kejayaan kita yang sebenarnya. Guru saya sendiri berpesan untuk membentuk sebuah mata keris yang cantik memerlukan satu proses yang sungguh rumit dan memerlukan kesabaran serta kekerasan. Bayangkan bermula dari sebatang besi dibakar, diketuk, ditempa dan dibakar lagi seterusnya diketuk dan ditempa berulang-ulang kali sebelum ia dibentuk menjadi sebuah mata keris yang cantik……renung-renungkan :P

ps:: team bijakstudy.com ….berazam kental tidak kenal erti kekecewaan dalam memartabatkan ilmu pengetahuan kepada semua.

Azam..gagal atau sebaliknya?

January 4th, 2008

Salam
Hari ni kita baru melangkah hari yang ke-4 didalam tahun 2008. Jadi semangat dan azam masih lagi hangat diperkatakan. Tahukah anda bahawa insan yang paling teruk dimuka bumi ini ialah insan yang gagal merancang. Itu adalah luahan yang dikatakan oleh seorang pensyarah saya sedikit masa lalu. Gagal walaupun telah merancang dan mengatur adalah lebih baik dari gagal untuk merancang. Meskipun kita gagal setelah kita merancang sekurang-kurangnya kita tahu kenapa kita gagal dan seterusnya kita mengatur semula perancangan agar kegagalan yang lalu dapat diatasi semula. Jadi jangan takut menghadapi kegagalan meskipun kegagalan itu perit untuk ditelan namun ditakdirkan kita menghadapi kegagalan usah meratapinya kerana itu tidak akan merubah keadaan sebaliknya bangun dan atur semula langkah kerana ada hikmah disebalik kegagalan itu. Bayangkan jika Thomas Edison meratapi kegagalannya disaat-saat awal penciptaan mentolnya ( ciptaannya menggalami kegagalan sehingga 1000 kali percubaan ) yang pertama..agaknya apa akan terjadi? Jadi jangan takut menghadapi kegagalan dan jangan pula kita gagal untuk merancang kerana…… :@
ok jumpa lagi

ps: Tahun ini insyaallah team bijakstudy akan lebih proaktif menganjurkan Seminar Matematik Kreatif.

Apa program dan aktiviti anda…Salam Aidil Adha

December 19th, 2007

salam
Esok semua muslimin dan muslimat akan akan menyambut Aidil Adha dan kami team bijakstudy mengucapkan Salam Aidil Adha untuk semua muslimin dan muslimat.
Diam tak diam cuti persekolahan makin hari makin susut. Sekarang kebanyakkan kedai dan pusat membeli belah semakin sibuk mempromosi pakaian dan peralatan kesekolah. Macamana dengan persediaan adik-adik, mama dan papa serta abang dan kakak. Dah mula buat persediaan ke? Buat papa dan mama nampaknya Hari Raya Korban ni terpaksa berjimat cermat le gamaknya…maklumlah tahun ni bonus tak ada dah tu gaji bagi kakitangan kerajaan  awal ler pulak bulan ni…jadi pandai-pandailah berjimat cermat jangan sampai tahun baru nanti bajet anak-anak terkantoi dah ler. Nahas le jawabnye.
Lagi satu nampaknya pusat-pusat tuisyen dah mula mengambil dan mendaftar pelajar-pelajar baru. Mana-mana tuisyen yang dah top tu nampak gayanya dah tutup permohonan kemasukan. Ini yang kami dapat tahu. So macamana dengan pelajar semua…macamana anda isikan masa cuti-cuti sekolah ini. Adakah dengan menghadiri kelas tuisyen, kem-kem motivasi atau sebagainya. Papa dan mama renung-renung dan fikirkanlah macamana nak isi masa cuti-cuti sekolah anak anda agar tak tersia begitu saja.
ok jumpa lagi..babai!

whats news?

November 25th, 2007

salam sejahtera

Pertama sekali kami di Team bijakstudy mengucapkan JUTAAN TANIAH kepada adik-adik yang telah berjaya didalam UPSR yang diumumkan tempoh hari. Kami juga ada menerima khabar berita gembira dari ibubapa yang membeli Buku Matematik Kreatif bahawasanya anak-anak kesayangan mereka lulus dengan cemerlang terutama subjek matematik. Bagi kami inilah berita gembira buat kami setidak-tidaknya kami dapat membantu anak bangsa kita lebih cemerlang didalam pelajaran sejajar dengan perkembangan teknologi.

Tidak lama lagi tirai 2007 akan berlabuh namun kami di team bijakstudy akan membuat kejutan terbaru untuk anda. Team bijakstudy akan tampil dengan sesuatu yang baru dan sesuatu untuk anda yang selama ini ternanti-nanti. Jadi tunggu saja pelancarannya nanti.

Sebenarnya promosi untuk 100 dah lama tamat tetapi kami tidak terus menamatkannya dan promosi 100 terus berjalan sehingga pertengahan Disember. Jadi kalau anda ingin memiliki Buku Matematik Kreatif dengan harga istimewa anda masih boleh lagi berbuat demikian kerana selepas itu ia akan dihentikan dan kami akan menampilkan sesuatu yang baru. Jadi kalau ingin memiliki Buku Matematik Kreatif dengan harga istimewa bertindak sekarang sebelum ia kembali ke harga pasaran.

Sebelum berakhir untuk semua pelajar yang sedang bertungkus lumus dengan exzem kami uacapkan selamat berjuang dan jangan patah semangat dan jaga kesihatan anda itu yang penting. Jumpa lagi

ps: Sesuatu yang baru akan kami tampilkan…semua team bijakstudy sedang berusaha keras.

7 Soalan Pilihan

September 19th, 2007

Salam Sejahtera
Post kali ini kami akan menyiarkan 7 soalan pilihan yang telah kami terima samada dihantar menggunakan email ( staff_hani [at] yahoo.com.my ) atau melalui sms ditalian ( 019-5254254 ) oleh pelanggan kepada kami. Berikut adalah 7 soalan pilihan tersebut.

1. Apakah matematik kreatif dan ia sesuai untuk siapa?
Matematik Kreatif adalah merupakan Teknik dan Kaedah Kreatif yang dicipta dan direka oleh beberapa Ahli Akademik yang mempunyai kepakaran khusus yang berkaitan dengan matematik. Teknik dan Kaedah Matematik Kreatif ini meliputi operasi Darab, Campur, Bahagi dan Tolak serta Kaedah Kreatif menyelesaikan masalah sifir sehingga tiada had dan amat sesuai untuk Pelajar Sekolah Rendah. Teknik dan Kaedah Kreatif ini amat membantu pelajar menguasai matematik peringkat rendah serta mampu menyelesaikan masalah dengan lebih pantas dan tepat. Untuk memudahkan para pelajar menguasai teknik dan kaedah matematik kreatif ini, kami telah membukukan serta memuatkan ia didalam bentuk VCD interaktif agar mudah difahami serta seronok mempelajarinya.Kesimpulannya Matematik Kreatif ini amat sesuai dan amat membantu pelajar khususnya Pelajar Rendah menguasai matematik.

2. Bagaimana untuk mendapatkan Buku dan VCD Matematik Kreatif ini?
Kami Team Bijakstudy.com menjalankan perniagaan secara online. Anda boleh mendapatkan produk kami melalui kiriman pos berdaftar dari Pos Malaysia dan setiap kos penghantaran adalah PERCUMA dan ianya hanya khusus untuk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak sahaja. Namun sekiranya anda dari Singapura, Indonesia atau Brunai kami akan mengenakan sedikit kos penghantaran ( sekiranya anda dari luar Malaysia sila email kami dahulu serta nyatakan lokasi anda untuk memudahkan urusan penghantaran ).Kami amat komited terhadap perniagaan dan produk berlandaskan kepada JUJUR dan AMANAH serta berpandukan kepada HUKUM SYARAK. Jadi anda pelanggan yang kami hormati tidak perlu RISAU, TAKUT atau WAS-WAS mengenai konsep perniagaan secara online. Setiap pembayaran yang anda lakukan kami akan memastikan produk akan sampai ke tangan anda dengan selamat.Ini JAMINAN kami.

3. Anda tidak risau produk ini akan diciplak?
Bagi kami di Team Bijakstudy.com kami berpegang kepada HUKUM SYARAK dan kami amat yakin iaitu setiap sesuatu perkara yang baik itu sumber serta asasnya perlulah baik jadi sekiranya ada individu yang menciplak teknik dan kaedah matematik kreatif ini kami tidak mampu menahannya telahan lagi di era moden yang serba canggih ini jadi terserah kepada sesiapa sahaja untuk untuk memahami hukum halal, haram, syurga ,neraka dan pembalasan akhirak kelak walaupun didunia ini Matematik Kreatif telah pun dilindungi dengan Akta Hak Cipta.

4. Boleh tak saya dapatkan produk ini melalui Kaedah Bayar Waktu Terima (BWT) di pejabat-pejabat Pos.
Setakat ini kami belum lagi menggunakan kaedah bayaran seumpama itu. Kami hanya menjalankan urusan penghantaran melalui Pos Berdaftar dimana anda perlu membuat pembayaran melalui Bank in menggunakan Maybank atau CIMB. Insyaallah anda pasti akan menerima produk kami setelah anda membuat pembayaran.Itu janji kami.

5. Bolehkah Teknik Matematik Kreatif ini membantu pelajar?
Ya, Teknik dan Kaedah yang ditunjukkan didalam Buku & VCD Matematik Kreatif ini amat membantu pelajar didalam subjek matematik malah ia juga berjaya menarik minat pelajar terhadap subjek tersebut. Perasaan bosan,malas dan fobia terhadap matematik telah berjaya diatasi.Ini berdasarkan kepada kajian dan pengalaman dimana satu rumusan telah dibuat iaitu pencapaian matematik dikalangan pelajar kita tidak cemerlang disebabkan oleh asas penguasaan matematik yang lemah bermula di peringkat rendah lagi. Disebabkan asas penguasaan ini lemah maka mereka akan menjadi fobia lebih-lebih lagi terhadap angka-angka besar didalam penyelesaian sesuatu masalah matematik itu. Permasalahan ini akan mereka bawa sehingga ke peringkat menengah jika tidak diambil tindakan yang wajar dan minda mereka akan menganggap bahawa subjek matematik adalah susah dan membosankan.Jadi penyelesaiannya mantapkan dahulu pelajar dengan asas matematik dengan menggunakan kaedah dan teknik kreatif yang mudah, pantas dan tepat.Apabila ini dikuasai pasti pelajar akan mula meminati Subjek Matematik.

6. Bagaimana untuk menguasai Teknik Matematik Kreatif ini?
Mudah sahaja lihat, ikut, faham serta praktikkan (amalkan) teknik dan kaedah yang telah ditunjukkan.Selain melalui Buku panduan anda juga boleh mempelajarinya melalui VCD interaktif yang telah disediakan. Kuasai dahulu teknik ini dan kemudian pastikan anda praktikkannya selalu.

7. Bolehkah konsep perniagaan secara online ini dipercayai?
Memang benar inilah yang sering difikirkan diminda dikalangan kita.Ramai dikalangan kita yang kurang mempercayai konsep perniagaan jenis ini tetapi tahukah anda bahawa konsep ini telah diamalkan terlebih dahulu di barat malah kita agak terkebelakang didalam fenomena ini. Konsep perniagaan secara online adalah serupa dengan konsep perniagaan secara offline.Yang berbeza hanyalah medium yang digunakan iaitu secara online dimana ia menggunakan internet sebagai medium utama dan hanya boleh diketahui apabila seseorang itu melawati website yang diberi.Realitinya anda tidak kenal kami begitu juga kami tidak kenal anda dari mana dan siapa. Medium perhubungan kita adalah melalui maya. Ini yang menyebabkan sedikit rasa ketidakpercayaan terlintas dihati kita. Bagaimana pun kami di bijakstudy.com menjalankan perniagaan secara JUJUR dan AMANAH serta berlandaskan SYARIAT. Ini yang mampu kami terangkan iaitu Kami AMAT JUJUR terhadap pelanggan kami.

ps : 9/10 rezeki itu datangnya dari perniagaan termasuklah perniagaan melalui online.

| Bina Minda Cemerlang Didik |